Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tentu tidak asing lagi bagi yang menunaikan umrah atau haji. Selain beribadah di kedua-dua masjid ini, terdapat banyak lokasi lain yang menarik untuk dikunjungi di Mekah dan Madinah, masing-masing dengan kisah bersejarahnya yang unik. Jom, kita lihat 5 tempat bersejarah yang wajib dikunjungi di Mekah untuk menambah ilmu dan pengalaman.
Tempat Menarik di Mekah:
1. Jabal Nur (Bukit Nur)
Jabal Nur bermaksud “bukit bercahaya” dan menjadi sangat penting dalam sejarah Islam kerana di sini terletaknya Gua Hira’, tempat Rasulullah SAW menerima wahyu pertama. Gunung ini terletak kira-kira 2 batu dari Makkah di Arab Saudi.
Gunung ini menempatkan sebuah gua di lereng curam di puncaknya iaitu Gua Hira di mana Muhammad telah menerima wahyunya yang pertama dari Allah dengan perantaraan Malaikat Jibril sebagai utusan dari Allah.

2. Padang Arafah (Jabal Rahmah)
Jabal Rahmah adalah lokasi terkenal di Padang Arafah, tempat berkumpulnya jemaah haji setiap tahun pada hari wukuf. Di sinilah juga pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah mereka turun ke bumi. Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf.
Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Gunung Arafah tepatnya di Jabar Rahmah beerti “Gunung Rahmat”.
Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan munkar mereka semasa di dunia.

3. Menara Abraj Al-Bait
Menara ini merupakan salah satu bangunan ikonik di Mekah. Kompleks ini menempatkan jam terbesar di dunia yang boleh dilihat dari seluruh kota. Selain menjadi mercu tanda, ia juga menawarkan pemandangan Masjidil Haram yang menakjubkan dari atas. Menara Abraj Al Bait adalah sebuah kompleks bangunan yang terletak di Kota Makkah, Arab Saudi. Setelah siap, menara tertinggi kompleks ini akan menjadi bangunan tertinggi di Arab Saudi dan kedua di Timur Tengah setelah Burj Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan antara bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 595 m (1,952 ka).
Sementara itu, jika jumlah lantai di ketujuh-tujuh kompleks menara ini dihitung bersama, maka jumlah luas lantainya diperkirakan mencapai 1,450,000 meter persegi (15,600,000 ka2) dan akan menjadi binaan dengan jumlah luasa lantai terbesar di dunia, mengalahkan Aalsmeer Flower Auction di Aalsmeer, Belanda yang menjadi pemegang rekod hingga saat ini. Projek ini dijangkakan siap pada 2011 dengan luas lantai 15,600,000 kaki persegi (1,450,000 m2).
Lokasi menara ini berada di seberang jalan Masjidil Haram, masjid paling suci umat Islam. Menara Abraj Al Bait dibangun untuk menampung para jemaah haji yang semakin banyak datang ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Perniagaan perhotelan yang semakin lama menjadi berkembang di bandar raya ini juga tidak terlepas dari banyaknya jumaah haji ini. Selain itu, Menara Abraj Al Bait ini juga dirancang untuk mampu menampung jemaah haji sampai dengan 65,000 orang.

4. Thaif
Kota Thaif terkenal dengan cuacanya yang lebih sejuk dan ladang bunga ros yang indah. Pengunjung boleh menikmati pemandangan semula jadi, udara segar, serta melawat kebun-kebun buah-buahan dan bunga yang luas. Thaif terletak di wilayah Makkah, pergunungan Al-Sarawat Arab Saudi, bekas wilayah Hijaz, Arab Saudi. Memandu dari Jeddah mengambil masa 2 jam, dari Makkah 60km jaraknya.
Oleh kerana terletak ketinggian 1,879 m (6,160 kaki), kawasan ini selalu dituruni hujan, bandar ini mempunyai iklim yang dingin sepanjang tahun dengan musim panas yang ringan (80-90F darjah) dan musim sejuk yang sejuk (40F, pakaian hangat diperlukan).

5. Masjid Namira
Masjid ini terletak di Arafah dan terkenal kerana di sinilah Rasulullah SAW menunaikan solat Zohor dan Asar secara jamak pada hari wukuf. Masjid ini mempunyai 10 pintu utama dan 3 kubah besar yang sangat mempesonakan.
Masjid al-Namirah ialah sebuah masjid di Wadi Uranah, berdekatan Makkah, Arab Saudi. Ia dipercayai di mana Nabi Muhammad tinggal sebelum menyampaikan khutbah terakhirnya di Arafah. Ia adalah salah satu mercu tanda yang paling penting semasa haji kerana ia merupakan tempat khutbah disampaikan kepada jemaah haji semasa Hari Arafah semasa solat Zohor dan Asar. Ia terletak berdekatan Gunung Arafah.

Nak tau lebih lanjut tentang pakej Umrah Private kami? Boleh hubungi kami di talian +6014 744 4440