9 Lokasi Bersejarah di Kota Madinah dan Sekitarnya yang Wajib Anda Lawati

9 Lokasi Bersejarah di Kota Madinah dan Sekitarnya yang Wajib Anda Lawati

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tempat-tempat bersejarah yang kami lawati ketika berada di Kota Madinah selama sembilan hari semasa menunaikan ibadah umrah pada tahun 2024 / 2025.

Madinah menawarkan banyak lokasi bersejarah yang menarik—baik yang berdekatan dengan Masjid Nabawi, mahupun yang berada di luar kota dan kebanyakannya merupakan tapak pertempuran bersejarah.

Tanpa membuang masa, berikut adalah senarai tempat-tempat bersejarah di Madinah dan sekitarnya yang pasti akan menyentuh hati anda.


1. Masjid Nabawi

Masjid Nabawi adalah destinasi utama bagi para jemaah umrah untuk menunaikan solat berjemaah dan memperoleh keberkatan 40 waktu solat berturut-turut. Masjid al-Nabawi atau “Masjid Nabi” ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.

Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.

2. Pintu Babussalam (Bab As-Salam)

Babussalam merupakan pintu masuk pertama bagi jemaah yang menziarahi Masjid Nabawi, dan menjadi lokasi penting untuk memulakan solat fardhu pertama. Babus Salam adalah pintu yang dibangun di zaman Khalifah Marwan bin Abdul Malik setelah era Khulafaur Rasyidin.

Pintu ini dikenal juga dengan nama Bab Marwan dan juga Bab Khosyah. Pintu Babussalam (Bab As-Salam) ini terletak di kawasan pintu masuk masjid nomor 4 dan 3 Masjid Nabawi.

Pintu Babussalam (Bab As-Salam) menghubungkan antara masjid dengan bekas rumah Rasulullah dengan istrinya Saidatina Aisyah r.a ketika baginda menetap di Kota Madinah.

Pintu Babussalam (Bab As-Salam) adalah area / pintu yang selalu dilalui oleh Baginda Rosulullah untuk ke Masjid Nabawi, dan saat ini menjadi pintu utama untuk jamaah laki laki menyampaikan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Jarak antara pintu masuk (Pintu Babussalam) ke pintu keluar adalah sekitar 100 meter ke 150 meter, dan akan penuh sesak terutama sekali ketika selesai Solat Fardhu di Masjid Nabawi ini. Di sepanjang Pintu Babussalam (Bab As-Salam), terdapat ayat-ayat suci yang menghiasi area ini, sedangkan Raudhah (Taman Syurga) berada di sebelah kiri pintu ini.

3. Raudhah (Taman Syurga)

Raudhah adalah kawasan kecil di dalam Masjid Nabawi yang dianggap sebagai tempat mustajab untuk berdoa. Raudhah di Masjid Nabawi di Madinah adalah kawasan istimewa dalam Islam, terletak antara rumah Nabi Muhammad S.A.W dan mimbar baginda.

Dan Raudhah dianggap sebagai taman dari taman-taman syurga berdasarkan hadis Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Tempat ini juga menjadi tumpuan jemaah untuk berdoa dan beribadah, dengan keyakinan berdoa di sini lebih mudah dikabulkan. Selain dari tempat yang diyakini doa dimakbulkan istimewannya Raudhah adalah kerana kaitannya dengan sejarah Nabi Muhammad S.A.W dan awal penyebaran Islam.

4. Perkuburan Al-Baqi’

Perkuburan Al-Baqi’ terletak di sebelah Masjid Nabawi, menjadi tempat persemadian banyak sahabat Nabi. Perkuburan Baqi’ merupakan perkuburan yang terletak hampir dengan Masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah. Ia juga dipanggil sebagai Jannatul Baqi’ dan Baqi’ al-Gharqad. Tiada nas daripada al-Quran dan hadith secara khusus yang menyebut kelebihan dikebumikan di Perkuburan Baqi’ melainkan di Madinah secara umumnya.

Antara kelebihan seseorang itu meninggal dunia di Madinah ialah dia akan diberikan syafaat oleh Rasulullah SAW pada hari Akhirat kelak. Rasulullah SAW menganjurkan supaya jika sesiapa yang mampu untuk meninggal dunia di Madinah, maka hendaklah dia melakukannya.

5. Masjid Al-Ghamamah, Masjid Abu Bakar, Masjid Umar, dan Masjid Ali

Keempat-empat masjid ini terletak di bahagian Barat Daya Masjid Nabawi. Setiap masjid mempunyai sejarah tersendiri. Masjid Al Ghamamah terletak di barat daya sekitar 300 meter dari Masjid Nabawi. Al Ghamamah bermaksud tempat bernaung atau awan yang menaungi.

Pada awalnya, masjid Al Ghamamah adalah sebuah kawasan tanah lapang dikenali sebagai Al-Mushalla. Masjid ini merupakan tempat Rasulullah S.A.W melakukan solat istisqa’ untuk memohon kepada Allah S.W.T agar diturunkan hujan.

Pelaksanaan ini dilakukan untuk membantu masyarakat Madinah yang dilanda kekeringan. Setelah selesai menunaikan solat dan berdoa, awan mendung datang berkumpul lalu hujan lebat turun membasahi tanah Al-Mushalla.

Masjid Abu Bakar merupakan salah satu dari tiga masjid tua bersejarah di Barat Daya Masjid Nabawi di Madinah. Ia terletak jarak sekitar 330 meter daripada Masjid Nabawi.

Terdapat dua peristiwa berkaitan dengan sejarah masjid Abu Bakar. Peristiwa pertama adalah Khalifah Abu Bakar Siddiq pernah mengetuai solat Aidilfitri bersama Rasulullah S.A.W dan umat Islam terdahulu.

Peristiwa kedua, lokasi masjid ini merupakan rumah kediaman Sayyidina Abu Bakar Siddiq. Oleh itu, nama masjid ini pun dinisbahkan kepada Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq.

Masjid Ali terletak di Jalan Al-Munakhah, sekitar 300 meter dari arah barat Masjid Nabawi. Masjid ini merupakan rumah kediaman Sayyidina Ali bin Abi Thalib.

Masjid Ali juga pernah digunakan Rasulullah S.A.W untuk menunaikan solat Aidilfitri.

Kemudian, baginda S.A.W menisbahkan nama masjid ini kepada Sayyidina Ali bin Abi Thalib.

6. Masjid Quba

Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina Rasulullah s.a.w. ketika berhijrah ke Madinah. Ianya simbol kesucian dan kekuatan umat Islam pada masa itu. Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.

Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah . Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..

Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali bin Abi Talib.

7. Telaga Rauha

Telaga Rauha merupakan tempat di mana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat berehat untuk mengisi bekalan air sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Badar. Nabi SAW pernah singgah di sini dalam beberapa kesempatan, termasuk saat perjalanan menuju Perang Badar, Hudaibiyah, dan Umrah Qadha’. Hal ini menjadikan tempat ini memiliki nilai sejarah yang tinggi dalam konteks perjalanan spiritual para Nabi.

8. Kota Badar

Kota Badar adalah lokasi peperangan pertama umat Islam menentang kaum Musyrikin Mekkah. Badar merupakan tempat berlakunya perang pertama dalam Islam, Perang Badar. Peperangan berlaku di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera Quraisy di bawah pimpinan Abu Sufian. Pertempuran ini berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah bersamaan 17 Mac 624 M. Dalam peperangan tersebut, tentera Islam mencapai kejayaan cemerlang.

9. Bukit Uhud

Bukit Uhud adalah lokasi peperangan penting dalam sejarah Islam. Peperangan ini mengajarkan pentingnya kepatuhan dan disiplin. Bukit Uhud juga merupakan salah satu daripada bukit terbesar dan terpanjang yang terletak di dalam kota Madinah. Panjang bukit Uhud adalah jika diukur dari timur ke barat adalah sepanjang 6 km, tingginya dari aras laut mencecah 1 km dan dari muka bumi pula ialah 450 meter serta wananya pula kemerah-merahan. Di samping itu juga, bukit Uhud merupakan salah satu bukit yang disebutkan oleh Nabi SAW di dalam sabdanya dan kelebihannya juga dikhabarkan oleh Nabi SAW berdasarkan hadith-hadithnya.


Semoga senarai ini memberi inspirasi dan maklumat berguna untuk anda yang merancang melawat Madinah, khususnya semasa menunaikan ibadah umrah.

Hubungi kami di talian +6014 744 4440 untuk berbincang tentang Pakej Umrah Private anda

Related Posts